Sibawaih..

Sibawaih, sememangnya nama yang tidak asing lagi dibidang ilmu nahu, sebut sahaja Sibawaih pastinya tergambar dalam benak fikiran gerangan si empunya gelaran yang masyhur ini. So, dikesempatan ini aku ingin kongsikan bersama biografi tokoh yang terkenal ini, ibarat kata, tak sempurna rasanya kalau kita belajar ilmu nahu tanpa mengenal siapakah tokoh dan sumbangan beliau di dalam bidang ini…

Beliau adalah Abu Basyar, Amru bin Osman bin Qinbar. Sibawaih merupakan gelaran yang diberikan kepada beliau.          Sibawaih adalah gabungan daripada dua perkataan yang berasal daripada bahasa Farsi yang bermaksud  “ Bau Epal “. Beliau berasal dari Negara Farsi, dilahirkan sekitar tahun 140 hijrah bersamaan 756 masihi, di Bandar Al-Baido’ merupakan sebuah Bandar yang terbesar di Isthokhar yang berada lebih kurang 8 farskh dari Syairaz. ( farskh lebih kurang 3 batu, 8 farskh bersamaan 24 batu, 39 kilometer lerrr…korang check le balik)…

Sibawaih kemudiannya berhijrah ke Basrah ketika beliau masih kecil, mengikut sesetengah pandangan beliau berumur 14 tahun.

Dipendekkan cerita, aku tau korang pastinya sibuk dan takde masa nak baca lama-lama nih.. hahaha.. so aku pendekkan aje terus.. wokeh…

Ketika kecilnya beliau belajar dan menuntut ilmu di Basrah lah, beliau mempelajari Ilmu Feqah dan Ilmu Hadis. Pada suatu hari beliau telah mengikuti pengajian Sheikh Hamad Al-Basri, pada masa tu, sheikh mengajarkan  Ilmu Hadis, pada masa tu sheikh membacakan sebuah hadis.

” ليس من أصحابي أحد الا ولو شئت لأخذت عليه ليس أبا الدرداء

Kemudian, kena plak turn Sibawaih untuk membacakan hadis tersebut….. Sibawaih pun bacalah..

“ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت ليس أبو الدرداء

Apalagi,Sheikh terus sahaja jerkah bila sahaja mendengarkan Sibawaih baca dengan أبو  yang sepatutnya dibaca dengan أبا  sedangkan hokum nahu yang terdapat disitu adalah Istisna’….

Mulai hari itu beliau pun berazam untuk mempelajari Ilmu Nahu dengan bersungguh-sungguh. Beliau bertekad “والله لأطلبن علمًا لا يلحنني معه أحد “ .Semenjak itu beliau terus tekun melazimi Al-Khalil dan para ulama’ yang lainnya. Ini adalah merupakan titik tolak sejarah pengajian Sibawaih.

Guru-Guru Sibawaih.

Sibawaih pastinya mempunyai ramai guru dari pelbagai bidang dan cabang – cabang ilmu yang lain. Di sini kita fokuskan kepada 4 orang guru beliau khususnya dari bidang Ilmu Lughah. Iaitulah :

1.       Genius Arab. Al-Khalil bin Ahmad Al- Farahidi. Yang mana memberikan banyak pengaruh dan kesan langsung kepada Sibawaih. Diriwayatkan Sibawaih telah menukilkan riwayat daripada Al-Khalil sebanyak 552 di dalam kitabnya. Tidak syak lagi, Al-Khalil memberikan kesan yang cukup besar di dalam pengukuhan dan peneguhan Sibawaih di dalam Ilmu Lughah.

2.       Abu Al-Khatab Al-Akhfash.

3.       Isa bin Amru.

4.       Abu Zaid An- Nahwi.

Sibawaih telah meninggal dunia dan guru-gurunya masih lagi hidup, dikatakan ( melalui apa yang pernah aku baca ) Sibawaih telah meninggal dunia ketika beliau berumur 32 tahun. Yang pastinya, umur beliau tidak lebih daripada 40 tahun. Beliau meninggal disebabkan penyakit yang ditimpanya ketika beliau menuju ke Khurasan, kalau sekarang ini dekat-dekat dengan Tajikistan, lebih-lebih kuranglah… kematian beliau pada tahun 180 hijrah/796 masihi …. Masih muda… semoga Allah merahmati dan menempatkannya dikalangan mereka yang mendapat keredhaan Allah.. Al-Fatihah… Amin…..

Emmm.. banyak lagi yang ingin aku kongsikan bersama.. InsyaAllah, jika ada kesempatan diruang waktu yang lain. InsyaAllah…

والله أعلم بالصواب

Leave a comment

Filed under Tokoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s