Marhaban

Alhamdulillah dan selamat tahun baru buat semua, alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan untuk kita menikmati pelbagai nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Allah, alhamdulillah juga, aku akhirnya berjaya juga untuk membuat blog akhirnya, bukan ape…. dah lama nak buat, hehehehe… faham-faham ajelah nak membuatnya memang senang dan cukup mudah, namun kemalasan yang membuatkan tangan dan minda sukar untuk bergerak… hahahaha… Sempena dengan azam dan tahn baru ini, aku cuba jugaklah nak buat perubahan dalam hidup, walaupun sedikit, diharapkan perubahan yang sedikit ini akan membawa kebaikan buat diri aku khususnya… InsyaAllah aku akan cuba untuk sentiasa meng-update blog aku ini… Yeah… itulah azam aku bersempena tahun baru ini… 2011 pastinya menjanjikan 1001 perubahan yang cuba dan bakal aku lakukan.. InsyaAllah… Amin Ya Allah.. Moga-moga dipermudahkan segala-galanya buat aku…

Oh ya, blog ini aku bangunkan untuk bersama-sama dengan para sahabat blogger yang lainnya untuk membincangkan, bertukar-tukar pendapat dan pandangan yang berkaitan dengan bahasa arab khususnya, bahasa ibunda yang menjadi pertuturan 250-400 juta umat manusia yang merentasi 25 negara di dunia. Disamping itu ianya juga adalah merupakan diantara bahasa tertua yang dipertuturkan lebih daripada 1500 tahun yang lalu, bahasa yang menyaksikan kebangkitan empayar Islam yang menjangkau 1000 tahun lamanya, bermula dari abad ke 7 sehinggalah abad ke 20.. Bahasa yang telah merakamkan keagungan ilmu-ilmu perubatan, geologi, perundangan, falsafah dan apajua bentuk penulisan yang tentunya kita boleh bayangkan betapa banyaknya dinukilkan melalui penulisan yang menggunakan bahasa arab sebagai perantara.

Diharapkan kita dapat untuk bersama-sama memperkasakan bahasa arab, lisanuddin wa lisanul iman……

قال ابن تيميّة رحمه الله :” فإنّ الّلسان العربي شعار الإسلام وأهله ، والّلغات من أعظم شعائر الأمم التي بها يتميّزون ”

Leave a comment

Filed under Berus Project

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s